Saturday, April 30, 2011

seharum mawar......

Julia merenung telefon bimbit sony Ericsonnya yang diletakkan di atas meja di hadapannya, sdh lebih seminggu telefon itu tidak berdering menandakan sdh lebh se minggu jgk kekasih hatinya menyepi. Makin panas hatinya apbila setiap kali dia menelefon suara mesin yang menjawab. Julia mencapai telefon bimbitnya, tangannya laju menekan-nekan punat yang ada di telefon bimbit tersebut. Mesej terakhir daripda adam di baca.

‘adam ad hal ..terpaksa pegi korea hari ni…Lia jga dri ek..love u’

Mesej daripada adam yang diterima seminggu yang lepas ditenung lame. Rindunya pada adam Tuhan sahaja yang tahu. Menyesal pula rasanya merajuk dengan Adam hari tu. Sejak bergaduh Julia langsung tidak angkat panggilan daripada adam dan pesanan ringkasnya juga dibiarkan sepi tidak berbalas. Akhirnya, adam meninggalkan dia tanpa sempat dia mendengar suara garau itu. Sejak ke Korea, lelaki itu tidak pernh menlefon lagi. Semuanya gara-gara sekuntum bunga. Julia igt lagi betapa marahnya dia pada hari itu apabila adam tidak mengendahkan permintaannya untuk dihadiahkan sekuntum bunga ros. Bkan dia mnx sejambak, sekuntum je…itupun adam xnk bagi, alasnnya bunga ros nanti akan layu.

 ‘adam..Lia nk bunga’ pinta Julia dengan harapan berbunga apabila mereka melepasi kedai bunga.
‘nk bt ap?’ ty adam dengan dahi yang berkerut. Matanya masih focus ke atas jalan raya. ‘sje..selama kt couple adam xprnh hadiahkan lia apa2…lia nk bunga..sekuntum je..’ pinta Julia lg. dia harap adam akan mempertimbangkan permintaannya, memg diakui selama bercinta adam xpernh menghadiahkan dia ap2, dia pon tidak meminta memandangkan mmg tidak ad ap2 yang nk dipinta, smua bnda yang dia nk cuba dipenuhi sndri tanpa mengharapkan pemberian daripada adam. Sejak kecil dia diajar untuk tidak mengharapkan orang lain untuk mendapatkan sesuatu, tapi xtahu kenapa hari ini naluri wanitanya tersa teringin sgt menerima bunga daripda kekasih hati yang telah lbih 2 tahun dicintainya.

Adam masih membisu. Julia mula perasan keengganan lelaki tersebut. ‘nk bt ap dengan bunga…xpayahlr..nati layu jgk bunga 2…dlu msa adam nk bg, lia gak yang cakap cm2 kan?…now, y are u asking for it dear?’ .
Jawapan yang keluar daripada mulut adam betul2 membuatkan Julia kcewa. Hampir sahaja air matanya menitis saat itu. Julia melekapkan pandangannya ke tingkap.  Tidak lansung ingin memandang wajah adam.
‘I juz want a flower. It’s juz a simple request’, Julia mengomel sendirian. ‘what?’ adam mula menangkap bait2 ayat yang dituturkan oleh Julia, tetapi disebabkan suara Julia yang perlahan dan kedudukannya mengadap tingkap menyebabkan adam gagal mendengar dgn jelas.

‘Lia ckp ap?’adam cuba memastikan. ‘stop the car’, ujar Julia perlahan namun cukup jelas untuk didengari oleh adam. ‘what?here? kan tgh jalan ni syg.lia ni knp?terasa hati ngn adam ek? Adam gurau jelar. Jom kt pegi beli bunga’ ujar adam setelah perasan yang kekasih hatinya sudah berjauh hati.
‘I said stop the car, klau x lia lompat’, Julia sudah hilang sabar, dia btl2 ingin keluar daripada kereta tersebut. Sakit hatinya memandang muka adam yang selamba. Tidak langsung ad rasa bersalah. Tidak punya perasaan kah kekasihnya itu?.

Adam memberhentikan kereta di bahu jalan apabila melihat Julia cuba membuka pintu kereta. ‘lia, calm down…it juz a flower..please dun make a scene’. Adam cuba memujuk. Julia menahan sebak didada. Sebolehnya dia tidak mahu adam melihatnya menangis.

‘u know that it juz a flower, yet u refuse to give me when I ask…u such a heartless! I hate u!’ setelah melontarkan ayat tersebut, Julia menghempaskan pintu kereta dan berjalan dengan laju meninggalkan tempat tersebut. Adam cuba mengejar tetapi sebelum sempat lelaki itu sampai Julia sdh menerobos masuk ke dalam teksi yang berjaya di tahannya.

Malam itu, berpuluh-puluh pesanan ringkas yang dikrim oleh adam. Smua pesanan ringkas tersebut menunjukkan yang lelaki itu memohon maaf. Namun, hati Julia terlalu sakit untuk memaafkan adam, pesanan ringkas tersebut hanya dibiarkan tidak berbalas, panggilan daripda adam pula hanya dibiarkan berdering tidak berjawab. malam itu juga Julia menangis semahunya, pertama kali dia kecundang dengan sikap tidak romantik adam.
*********************************
‘adam,knp xcall lia?lia rindu adam..’ satu pesanan ringkas di hantar setelah hati tidak lagi mampu menanggung rindu. Julia akhirnya mengalah dengan keegoan sendri. Dia tahu hatinya terlalu merindui lelaki tersebut, cintanya bt adam segunung. Setelah menekan butang ‘send’, Julia menunggu balasan daripda adam. Sambil menunggu dia menonton drama korea ‘winter sonata’ di kaca tv.

Namun, setelah sejam menunggu adam masih tidak membalas pesanannya. Julia mula tidak senang duduk. Perasaannya bercampur baur, antara takut, risau dan sedih. Dia takut adam meninggalkannya. Air mata mula mengalir di pipi gebunya, makin lama makin laju. Julia tidak langsung berkeinginan menyeka air mata tersebut daripada terus mngalir. Dia sedih kerana adam memperlakukannya sebegitu rupa, terlalu marahkah lelaki itu smpai tidak mahu menjawab panggilan dan pesanannya. Julia menangis dan menangis lagi sehingga akhirnya dia terlena di sofa sambil memeluk telefon bimbitnya.

Julia terjaga apabila terdengar seseorang menekan loceng pintu, dia bingkas bangun. Matanya berpinar memandang jam di dinding. Pukul 2.30 ptg. Kira-kira sejam jugak dia terlena. Julia bergerak malas ke muka pintu, pintu kayu berukir rumahnya di buka perlahan-lahan. Kelihatan seorang lelaki berumur 20-an berdiri di muka pintu sambil memegang empat kuntum bunga ros putih ditangannya. ‘aish, ni mesti salah rumah lagi’ Julia mula mengomel. Mula bosan dengan karenah orang yang terlalu kerap menanyakan alamat rumah semenjak dua menjak ni.

‘ni ciK Julia Maisara ke?’, Tanya lelaki tersebut ramah. Julia mula kehairanan. Dia mengangguk walaupun sdh beribu kerutan muncul di dahinya.
‘oh, I guess I reach the right house. Here a flower delivery for you’, lelaki tersebut menyuakan bunga ros yang dipegangnya tadi kepada Julia. Julia masih teragak-agak untuk menyambut.
‘for me? from who?’ Tanya Julia lagi. Lelaki itu tersenyum. ‘from your admirer, take it’, lelaki tersebut meletakkan bunga tersebut ke tangan Julia kemudian berlalu meninggalkan perkarangan rumah gadis itu.
Julia merenung empat kuntum bunga ros putih di tangannya dengan perasaan bercampur baur. Dia membelek2 kuntuman tersebut, mana tahu kalau-kalau ad terselit kad comel ke nota ke, namun tiada apa-apa di sebalik kuntuman bunga ros tersebut.

Dalam Julia melihat-lihat kuntuman bunga ros tersebut, tiba-tiba telefonnya menyanyikan lagu ‘stand by me’ menandakan ad panggilan masuk. Dia melihat skrin telefonnya, mengamati siapa yang memanggil. Namun gagal kerana pemanggilnya menggunakan private number. Dengan tiada perasaan Julia melekapkan telefon ke telinga.

‘da terima bunga?’ suara girang di hjung talian menyentapkan jantung Julia. Serta merta jantungnya berdegup kencang.adam! mahu sahaja Julia menjerit memanggil nma lelaki tersebut. Akhirnya rindunya terubat jua. Julia menahan air mata yang ingin mengalir.
‘lia, honey..are u there?’ suara adam kedengaran lagi apabila tiada sahutan daripada Julia.
‘u’re so mean encik adam firdaus..how could u do this to me’, ujar Julia akhinya berserta dengan esakan kecil.

‘lia menangis? Adam minta maaf yea.. adam xbermaksud nk lukakan hati lia hari tu..i’m truly sorry..forgive me?’ pohon adam dengan suara yang lembut. Sedih hatinya mendengar kekasih hati menangis.
‘lia dah maafkan adam..knp adam xcall lia msa kat korea? Adam tahu x lia rindukan adam?’, Julia masih teresak-esak. ‘adam minta maaf sangat2..adam bukan xnk call tp jadual adam kt sna padat…I’m sorry yea syg…ha, Julia dah terima bunga daripada adam?’, Tanya adam cuba mengalih topic. Bunga? Julia meleretkan pandangan ke arah empat kuntum bunga ros putih yang diletakkan di atas meja.
‘bunga ros putih ni adam yang bagi?’
‘yup..juz for you’ adam bersuara lembut. Romantic pula kedengaran di telinga Julia.hehe…tiba-tiba timbul perasaan ingin menyakt di hati Julia.
‘lia xnk bunga, nti layu’, ujar Julia. Kedengaran adam tergelak di hjung talian. Sdh seminggu dia merindui gelak ketawa itu.
‘soo..lia xnk lr ni? Xnk xpe..lia buang je dalam tong sampah’.
‘juz kidding..lia nk lr..cntik bunga ni..thanks’, ucap Julia. Dia mencium bunga ros putih di tangannya sambil tersenyum.

‘bunga-bunga tu ad meaning tau lia..’ tiba-tiba adam bersuara di hjung talian.
‘meaning?ap dia?’, Julia bertanya dengan perasaan tidak sabar.
‘hmmm..lia tahu knp adam bagi lia ros putih bukan ros merah?’
‘sbb lia suka warna putih kan?’
‘ha, tu salh satunya, yang kedua sbb putih melambangkan kesucian cnta adam pada lia..adam cintakan lia sangat-sangat sampaikan adam xsanggup untuk kehilangan lia. Lia segalanya bagi adam’, ucapan adam membuatkan Julia terdiam. Bergetar hatinya mendengar ucapan yang tulus daripada adam. Terasa cintanya untuk adam semakin membara dan mewangi seperti wanginya bunga ros pemberian adam. Lia pun cintakan adam.

‘ha, bkn 2 je ..setiap kuntum bunga ros 2 melambangkan ucapan I LOVE YOU adam kt lia’, adam tergelak setelah mengucapkan perkataan tersebut. Julia tersenyum. Matanya tidak lekang memandang bunga-bunga di tangannya. I LOVE YOU, bkan ke sepatutnya tiga kuntum je, tp kenapa empat?
‘tp kenapa adam bagi lia empat kuntum bunga, bukan ke kalau I LOVE YOU  2 kna 3 je?’, Julia menyuarakan perkara yang bermain di benaknya.

‘aik?4 ke?bkn adam bagi 3 ke? alamak tersilap lr…hehe..sorry’, ujar adam. Julia ketawa. Apa lr adam ni, blh pulak tersilap. Baru je nk puji yang dia romantic, tiba-tiba tersilap. Tapi xpelar, Julia da bahagia hanya dengan ucapan yang adam ucapkan.

‘wait honey..i’m juz kidding..’kedengaran adam pula yang ketawa. Bergurau? Ap mksud adam. Ada maksud jugak ke kenapa bunga ros tersebut ad 4. Julia sabar menunggu ucapan daripada adam.
‘ad makna jugak kenapa bunga ros tu ad empat. Cuba lia tgk, ad bunga ros yang kelopaknya tertutup kan? Please open the petal ’ arah adam. Mmg betul ad satu bunga ros yang kelopaknya tidak terbuka seperti yang lain, tp Julia nmpak itu hanya perkara biasa. Atas arahan adam Julia membelek kelopak bunga ros tersebut. Kelihatan ad sesuatu yang bersinar di dalamnya. Julia mengambil objek tersebut. Cincin! Julia merenung cincin yang sdh berada di tangannya, cntik. Cincin platinum dengan empat permata di atasnya. Semua permata tersebut berwarna merah jambu lembut.

‘lia jumpa ap?’ Tanya adam.
‘cincin’ Julia menjawab sepatah. Sungguh dia hilang kata-kata dengan kejutan demi kejutan yang di berikan oleh adam.
‘that for you..lia suka?’
‘suka sangat’ Julia sudah mula merasa sebak. ‘permata atas cincin tu pun ad mkna tau sayang’
‘ha, lia tahu..mknanya I LOVE YOU kan?’ potong Julia sebelum adam sempat menjawab. Kedengaran adam ketawa kecil di hujung talian. ‘tak…lia salah..kejap ek..’ujar adam, setelah itu talian tiba-tiba senyap digantikan dengan bunyi loceng pintu di tekan. Julia bergerak ke muka pintu.
Setelah pintu di buka alangkah terkejutnya dia apabila melihat adam tercegat di hadpan pintu rumahnya sambil memgang sejambak besar bunga ros merah. Lelaki itu kelihatan tersenyum dan lebih segak daripada biasa. Julia hanya terdiam tanpa berkata apa2..hanya matanya sahaja yang kelihatan berkaca-kaca.

‘makna permata di atas cincin tu ialah….’

Adam mula melutut. Jambangan bunga ros merah yang dipegagnya di hulurkan kepada Julia.

‘Julia Maisara binti ismail, WILL YOU MARRY ME?’

Akhirnya Julia tidak mampu lagi menahan air mata daripada mengalir. Laju sahaja air mata mengalir di pipinya. Kali ini bukan sebab dia kecewa dengan sikap adam tapi lbih kepada perasaan terharu dan gembira. Adam lelaki yang tidak romantic yang dikenali kini bertukar menjadi lelaki paling romantic di hadapannya. Adam hanya menunjukkan sikap sebegini di hadapanya. Ya, hanya dia.

‘wont u answer me dear? Adam segan lr melutut lame2’, ucap adam sambil tersengih. Julia ketawa kecil, faham dengan perasaan adam yang sememangnya terkenal dengan orang yang terlalu menjaga imej.

‘adam kna tanya mak dengan ayah lr dulu’ ujar Julia menduga.

‘no need sayang. Adam dh hantar rombongan meminang, skrg ni tggu jawapan daripada lia je. So, adam Tanya bt kali kedua, will u marr….'

‘yes! Absolutely.. terima kasih adam sbb sudi terima lia sebagai isteri..i love you so much adam firdaus.’ Ucap Julia sepenuh perasaan.
‘me too sayang’

Kedua mereka tersnyum girang. Tidak sabar menanti saat bahagia mereka disandingkan. Sesungguhnya Julia tidak salah memilih orang untuk dijadikan sebagai teman hidup. Adam memang seorang lelaki yang bertanggungjawab dan memenuhi ciri-ciri suami yang menjadi idamannya.


salah satu kerja ak masa bosan...hahaha...mencurahkan idea dengan buat cerita...this is my first attempt to write...hope u like it..^_^...anyway, sorry klau ad byk mistake..ak baru belajar so, msh bayk yg xlengkap....kalu cite ni xbez pom ak mnta maaf gak....thamx for reading guys!

4 comments:

  1. hahahahaha...its ok...not bad for d first time....keep ur work harder....

    ReplyDelete
  2. wep mmg x de keje da ke nie...hohoho

    ReplyDelete
  3. bella..ak mmang da xde kje..tetiba ase nk cri kje..hahaha

    ReplyDelete
  4. kak kema : thamx..hohoho..asenya ni yg first n lz kot...da xde idea..

    ReplyDelete